7 Fakta Menarik Tentang Vitamin E

#1 – Keluarga Vitamin E

Vitamin E wujud secara semulajadi dalam 8 bentuk iaitu 4 isomer tokoferol dan 4 isomer tokotrienol .

Terdapat 4 isomer tokotrienol iaitu alfa, beta, gamma dan delta.

Tokotrienol lebih mendapat perhatian di dalam bidang kajian berbanding tokoferol.

Baca Juga >> Kebaikan Vitamin E Untuk Kulit Muka

#2 – Minyak Sawit Kaya Vitamin E

Minyak sawit diekstrak daripada buah Elaeis Guineensis atau buah kelapa sawit.

Ia mengandungi komposisi 30% tokoferol dan selebihnya, 70% adalah tokotrienol.

Sumber: Berita Harian

Bagi setiap 100 g minyak kelapa sawit, ia mengandungi 15.94 mg vitamin E dan membekalkan sebanyak 884 kalori (kcal) tenaga.

Sumber: Nutritionvalue.org

Fakta Nutrisi Minyak Sawit

#3 – Fungsi Antioksidan Vitamin E

Antioksidan berfungsi meneutralkan radikal bebas iaitu sejenis molekul oksigen yang berupaya merosakkan sel yang sihat, penyebab kepada penyakit kronik.

Vitamin E bekerjasama dan dengan vitamin C dan saling memerlukan untuk mengurangi masalah tekanan oksidatif dalam sel.

Baca Juga >> 11 Makanan Tinggi Vitamin E

#4 – Tubuh Boleh Menyimpan Vitamin E

Vitamin E adalah antioksidan larut-lemak (fat-soluble) dan boleh disimpan di dalam tubuh.

Ia memerlukan lemak daripada diet pemakanan supaya boleh diserap dengan baik.

Kebanyakkan vitamin E disimpan di dalam hati sebelum ia diedarkan ke seluruh tubuh melalui aliran darah.

#5 – Fungsi Utama Vitamin E

Antara fungsi penting vitamin E adalah untuk membantu:

  • Kesihatan kulit
  • Kesihatan jantung
  • Kesihatan mata
  • Kesihatan sendi dan otot – mengurangkan sakit sendi akibat athritis,
  • Mengawal keseimbangan hormon
  • Menguatkan sistem imun

#6 – Jumlah Keperluan Harian Vitamin E 

Jumlah keperluan vitamin E diukur dalam unit miligram (mg) atau International Unit (IU), yang biasanya dijumpai pada label suplemen vitamin E.

Saranan pengambilan harian vitamin E oleh Recommended Dietary Allowance (RDA) adalah sebanyak 15mg (23IU) bagi orang dewasa dengan had maksimum (Upper Limit) pengambilan adalah sebanyak 1000mg (1500 IU).

#7 – Kesan Kekurangan Vitamin E

Paras vitamin E yang rendah dalam tubuh mungkin akan menyebabkan kesan negatif kepada kesihatan tubuh.

Antara tanda-tanda kekurangan vitamin E adalah:

  • Kelemahan fungsi otot
  • Masalah koordinasi tubuh,
  • Kesukaran berjalan,
  • Anggota badan kerap rasa kebas-kebas – tangan dan kaki biasanya
  • Lemah daya penglihatan
  • Gangguan sistem imun – mudah diserang jangkitan penyakit

You may also like...

1 Response

  1. December 31, 2019

    […] Baca Juga >> 7 Fakta Menarik Tentang Vitamin E […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *